KOTA KINABALU: Semua masjid dan surau di Sabah diminta untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin serta doa selamat malam ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, memaklumkan bahawa ia bertujuan bagi memohon perlindungan Allah SWT ke atas negeri dan rakyat daripada bencana banjir serta malapetaka lain.
“Majlis ini boleh dilaksanakan bermula selepas solat Maghrib.
“Berdoalah kita agar negara, khususnya negeri Sabah, sentiasa dinaungi keselamatan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, arahan itu telah disampaikan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, untuk dikoordinasikan di seluruh negeri.
