KPDN rekodkan 154 syarikat daftar SKPS setakat semalam - Armizan

 

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan sebanyak 154 syarikat dengan 335 kenderaan telah membuat permohonan subsidi petrol RON95 menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) sejak semalam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi sektor pengangkutan darat awam, sebanyak 70 syarikat dengan 240 kenderaan telah membuat permohonan.

Selain itu, katanya sektor pengangkutan darat barangan, sebanyak 84 syarikat dengan 95 kenderaan permohonan dibuat bagi sektor pengangkutan darat barangan.

"Jadi dari segi jumlah, memang ini amat rendah jika dibandingkan dengan anggaran kita. Mungkin juga kerana semalam cuti umum, maka syarikat-syarikat ini pejabatnya tidak beroperasi.

"Namun kita bersyukur kerana ada syarikat yang mengambil inisiatif daripada hari pertama. 

"Walaupun cuti umum, mereka mendaftar (SKPS) juga dan ini satu tindakan yang bagus kerana mengelakkan mereka menghadapi masalah di saat akhir.

"Jumlah (syarikat yang memohon) bahawa semua (mendapat) kelulusan serta-merta. Dokumen (diberi) lengkap, kita dapat beri kelulusan tersebut," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua syarikat yang telah membuat permohonan kepada maksimum tiga syarikat minyak untuk mendapatkan diesel bersubsidi (fleet card).

"Ini komitmen kita bahawa mereka (syarikat minyak) akan dapat mengeluarkan fleed card dalam kadar segera berdasarkan kepada pengalaman kita melaksanakan SKPS pada tahun lalu.

" Namun elakkan risiko (membuat permohonan) di saat akhir. Kepada syarikat yang mempunyai kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan dimana tersenarai dalam senarai kelayakan kita keluarkan sebelum ini untuk membuat pendaftaran segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Lok Kawi Height, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Armizan pihaknya menggesa semua syarikat kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan untuk membuat permohonan manfaat subsidi petrol RON95.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama