KDN tawar ganti dokumen percuma mangsa banjir, siap siaga aset hadapi monsoon timur laut

Saifuddin berkata demikian ketika lawatan kerja ke kawasan terjejas banjir di Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menawarkan penggantian percuma bagi dokumen pengenalan diri mangsa banjir yang rosak atau hilang ketika menyelamatkan diri.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia melibatkan dokumen penting di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk sijil kelahiran, MyKad dan sijil perkahwinan.

“Kalau ada sijil lahir, MyKad atau sijil perkahwinan yang hilang akibat banjir, mangsa boleh membuat penggantian secara percuma di pejabat JPN,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika lawatan kerja ke kawasan terjejas banjir di Sabah, hari ini.

Selain itu, KDN turut memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka hujung tahun ini.

Menurutnya, lebih 20,000 anggota polis telah berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Persiapan aset dan pasukan polis sudah berada pada tahap siap-siaga.

"Sama ada dari aspek kawalan keselamatan, menyelamatkan mangsa mahupun menjaga premis serta harta benda,” katanya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama