Tragedi Kg Marahang Tuntul: Kehilangan isteri, dua anak tinggalkan luka mendalam

 

PAPAR: Kehilangan isteri dan dua orang anak dalam insiden tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, baru-baru ini meninggalkan luka mendalam di hati Benny Binjamis @ Emis, 38, sehingga kini.

Antara mangsa yang terkorban ialah Wong Moiling @ Meymey, 34, serta dua anaknya, Kamey Aspherynda Benny, 10, dan Christen Kell Benny, 6. 

Bercerita mengenai peristiwa itu, Benny berkata sekitar jam 9 pagi, runtuhan tanah yang besar berlaku dari kawasan cerun bukit berhampira sehingga meranapkan rumahnya sebelum sempat melarikan diri.

"Saya lari balik ke ruang tamu. Saya tarik isteri saya dan anak saya. Sampai di dapur, ada gerbang, saya lihat ada ruang. 

"Jadi saya duduk dan cuba untuk menggali. Tapi tidak boleh keluar. Saya panggil abang saya dan anak-anak saya, untuk tolong mereka,” katanya ketika ditemui pemberita bertempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kampung Marahang Tuntul, di sini.

Hari ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyantuni dan menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (Kematian) kepada waris keluarga mangsa insiden itu.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa boleh menghubungi ibu saudara kepada Benny, Floretha Surumbot di talian 016-8173282.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama