Hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah hari ini

 

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini. 

Amaran ini dikeluarkan oleh METMalaysia pada jam 7:05 pagi, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Pedalaman iaitu Nabawan dan daerah Tawau. 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan, media hari ini. 

Orang ramai, khususnya yang berada di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang serta keadaan jalan raya yang licin sepanjang tempoh amaran ini.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama