Sabah, Indonesia perkukuhkan hubungan dua hala

 

Aris ketika ditemui media.

KOTA KINABALU: Kerjasama Sabah dan Indonesia beri impak positif dalam perkukuhkan hubungan dua hala

Konsul Republik Indonesia Tawau, Aris Heru Utomo berkata kerjasama tersebut termasuk  dalam bidang sosial, budaya, pelancongan dan keselamatan sempadan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan negeri sabah dalam memperkukuh hubungan dua hala, termasuk usaha melindungi rakyat Indonesia yang bekerja di Sabah.

"Kerjasama sosio budaya terutama antara rakyat Indonesia dan masyarakat Sabah terutama di Tawau juga dapat dijalankan bersama, di samping dapat meningkatkan kehadiran pelancong," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan Tun Musa berkaitan pertukarannya ke negara asal selepas berkhidmat selama 13 bulan di Sabah.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama