![]() |
Gambar ihsan Bomba |
KOTA KINABALU: Empat rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Padas Tebobon, Menggatal, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa apabila kesemua 18 penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Timbalan Penguasa Bomba II Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.
“Kebakaran melibatkan empat rumah tidak kekal dengan keluasan keseluruhan 80x80 kaki persegi terbakar 100 peratus.
“Operasi menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran,” katanya.
Seramai 22 anggota termasuk daripada BBP Kota Kinabalu digerakkan bersama lima jentera bomba termasuk FRT, EMRS dan tangki air.
"Operasi terkawal pada jam 9.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 11.18 pagi selepas pemeriksaan memastikan tiada bahaya lain di lokasi," ujarnya lagi.