![]() |
JUARA...Affan (dua dari kanan) merangkul gelaran Champion of the Champion Mr. Sabah 2025. |
TUARAN : Wakil Kota Kinabalu, Affan Affandy Sazali merangkul gelaran Mr. Sabah Champion of the Champion sempena Mr. Sabah 2025 Bodybuilding and Physique Championship.
Kejohanan yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman itu disertai oleh seramai 87 peserta dan dirasmikan oleh wakil Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Mohd Arziz Afizy Rumsani.
Affan yang turut menjuarai kategori Light Middleweight dan Athletic Physique 170cm ke atas akan mengetuai kontinjen Sabah ke Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr. Malaysia 2025 di Pahang, September depan.
Selain Affan, turut akan mewakil Sabah ialah juara bagi setiap kategori iaitu Rozally Golbin bagi kategori Bina Badan Master 45 Tahun dan Welterweight, Emmanuel Edeison Benedict (Bina Badan Junior 21 Tahun), Mohammad Asraf Hamza (Athletic Physique Lelaki 170cm ke bawah), Martin Mangalai (Flyweight), Wandy Anjum (Bantamweight), Muhammad Hakimi Abdullah (Lightweight) dan Allen Carlson Aloysius Sem (Middleweight).
Manakala, dua atlet wanita iaitu Daphne Darlene Pain dan Grace Voo masing-masing akan mewakili kategori Wanita Model Physique dan Light heavyweight/ heavyweight.
Sementara itu, atlet Prime Fitness, Tony Meldan Masabal dan Daphne Darlene Pain memenangi Anugerah Khas Best Poser masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)