Sabah catat peningkatan dalam pelantikan tetap, kontrak interim sektor awam

 

Jailani ketika ditemui media.

KOTA KINABALU:    Sabah mencatatkan trend meningkat dalam pelantikan tetap dan kontrak interim di sektor perkhidmatan awam bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2022. 

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Datuk Seri Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, Sabah bukan sahaja merekodkan bilangan permohonan tertinggi malah berada dalam kedudukan teratas dari segi lantikan baharu tahun lalu, sekali gus membuktikan kesedaran tinggi dalam kalangan belia negeri itu terhadap peluang kerjaya dalam sektor kerajaan.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Sabah kekal sebagai negeri dengan jumlah permohonan paling tinggi bagi mengisi kekosongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

"Pada tahun 2024 sahaja, lebih 11 peratus daripada keseluruhan lantikan penjawat awam dibuat di Sabah, menjadikan negeri ini paling tinggi dari segi bilangan lantikan.

"Jadi ini satu indikator yang cukup baik, maknanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan belia-belia ataupun lepasan pengajian tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Ahmad Jailani turut mendedahkan peningkatan penyertaan itu sebagai petanda positif terhadap tahap kesedaran dan minat belia Sabah, termasuk lepasan institusi pengajian tinggi, untuk menyertai perkhidmatan awam.

"Maknanya, mereka tidak lagi was-was untuk memohon kerana dulu risau takut ditukarkan ke Semenanjung ataupun ke negeri- negeri lain, jauh daripada negeri Sabah tapi hari ini nampaknya kesedaran itu telah jelas, bagus nampaknya. Jadi, mereka tidak lagi memilih lah untuk berkhidmat di mana-mana pun yang pentingnya dapat menyertai perkhidmatan dalam kerajaan," tambahnya. 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa SPA telah mula mengimplementasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses pengambilan penjawat awam, khususnya dalam ujian penilaian awal.

"Itu memang kita kena leverage, kita kena gunakan. Jadi, dalam konteks penggunaan AI ini kita memberi perhatian awal adalah dengan perkara yang berhubung dengan ujian kemasukan kerana bakal-bakal penjawat  awam ini mereka dikehendaki menduduki ujian.

"Jadi, kita ada ujian yang kita panggil sebagai Psikometrik Calon (PC) Jadi dalam PC itu, dia punya sistem penggubalan soalan dan juga bagaimana soalan itu diberikan kepada setiap mereka yang menduduki ini, memang kita leverage lah dengan penggunaan AI untuk memastikan bahawa tidak ada usaha untuk memanipulasi soalan berkenaan.

"Jadi dengan adanya AI ini, dia secara auto untuk berubah daripada satu calon ke satu calon menduduki ujian pengenaan Jadi dengan itu, mereka tidak akan gunakan soalan yang sama untuk individu yang sama itu ataupun individu-individu yang berbeza Jadi dia, sistem ini memang ada, kita telah pun gunakan lah nak kata fully AI itu belum lagi tapi setidak-tidaknya kita telah memulakan langkah inilah untuk mengelakkan  soalan-soalan ujian awal  ini dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tahu bagaimana untuk memanipulasikannya.

"Jadi dengan penggunaan AI ini, kita dapat memastikan setiap individu yang menduduki ujian itu dibezakan dia punya soalan-soalan itu dan akhirnya dapat mencerminkan sifat sahsiah seseorang itu untuk sebelum mereka dipanggil temuduga dan sebagainya.

"Kita akan menggunakan teknologi AI dengan lebih mendalam lagi ataupun lebih jauh lagi khusus dalam membuat verifikasi sebab ini penting kerana verifikasi ini adalah untuk memastikan bahawa dia punya elemen ketulenan data-data peribadi bagi soalan itu Jadi ini kita nak pastikan sama ada sijil-sijil yang diperoleh itu adalah jenuin maklumat-maklumat peribadi ini adalah genuin.

"Dan juga apa juga rekod-rekod peribadi mengenainya dapat kita ketahui lebih awal Jadi dengan adanya teknologi AI ini InsyaAllah dalam penggunaan big data ini kita dapat membuat verifikasi dan bagi mereka yang dipanggil temuduga itu telahpun dianggap telah selesai lah semua urusan-urusan verifikasi ini maka kita dapat menyesuaikan kalau ada perkara-perkara yang tertidak kurang dalam proses pembelian itu InsyaAllah,"jelasnya.

Beliau turut menekankan komitmen SPA dalam membantu kerajaan negeri Sabah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, antaranya menerusi program Kembara Kerjaya MADANI SPA yang diadakan di Kudat dan Pulau Banggi.

"Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang cukup baik dan kita juga dah lakukan banyak outreach program ataupun program untuk mendekati belia dan pewanis melalui kembara kerjaya Madani SPA, yang terbaru ini kita buat di sekitar Kudat dan Banggi.

"Kita dapat menyantuni ramai belia dan pewanis di sana untuk kita berikan tips bagaimana untuk menghadiri temuduga dan juga bagaimana untuk memohon peluang-peluang dalam sektor kejayaan perkhidmatan awam persekutuan ini,"ujarnya.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memberikan penjelasan mengenai fungsi dan peranan SPA khususnya dalam membantu kerajaan negeri sabah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu. Kunjungan itu juga bertujuan untuk  memaklumkan pencapaian semasa SPA lah dalam menjayakan visi dan misi keseluruhan suruhanjaya.

Turut hadir pada kunjungan tersebut, Timbalan Pengerusi SPAM, Datuk Zohari Said serta Setiausaha, Datuk Ikhbal Hanam Mukras.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama