![]() |
Foto ihsan Pasuka Gerakan Am (PGA) |
Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Rani Alias berkata, sebanyak 487 individu turut ditahan menerusi 268 serbuan yang dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, kejayaan itu adalah hasil pelaksanaan operasi bersepadu menerusi pelbagai siri operasi seperti Op Taring ESSZONE/Daratan, Op Kontraban, Op Bersepadu Khazanah, Op Hazard (E-Waste) serta pemeriksaan sekatan jalan raya (RCP).
"Tangkapan membabitkan warga tempatan dan asing termasuk dari Filipina, Indonesia, China, Pakistan serta India atas pelbagai kesalahan.
"Daripada jumlah tangkapan, seramai 282 individu warga asing turut ditahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Antara rampasan utama membabitkan kenderaan bernilai RM40.8 juta, rokok seludup RM40.6 juta, narangan e-waste RM48.8 juta, senjata api dan mercun RM20.3 juta, makanan sejuk beku RM13.1 juta, minyak sawit mentah (CPO) RM1.9 juta, petrol dan diesel RM361,253
Datuk Abdul Rani berkata, beberapa sindiket penyeludupan turut berjaya dipatahkan termasuk sindiket rokok, diesel, petrol, ayam dan daging sejuk beku tanpa pensijilan halal serta rangkaian pengedaran minyak sawit mentah (CPO) di kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah.
Tambah beliau, kejayaan itu didorong oleh risikan PGA Briged Sabah bersama kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan beberapa agensi lain.
"Polis melalui PGA akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara serta ketenteraman awam secara profesional demi kesejahteraan rakyat.
"Kita turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menjadi ‘mata dan telinga’ polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan masing-masing," ujarnya lagi.