![]() |
| Jauteh (kanan) ketika meninjau raptai penuh. |
KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, pada Khamis ini.
Sambutan tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bermula jam 8.00 pagi dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta beberapa wakil jabatan serta agensi negeri dan persekutuan hadir meninjau raptai sambutan berkenaan, hari ini.
Antara yang menarik perhatian, persembahan pancaragam yang menggabungkan tiga pasukan iaitu PDRM, ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipimpin oleh Inspektor Willbonoh Zain serta persembahan koir daripada Persatuan Keluarga Polis Sabah (PERKEP) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
