Lamag, Kinabatangan tiada pembangunan adalah dakwaan palsu - Salleh

Foto FB Salleh Said Keruak.

KINABATANGAN: Dakwaan kawasan Lamag, di sini yang dikatakan tidak ada pembangunan dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai fitnah dan dakwaan palsu.

Pemimpin BN, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sebaliknya Lamag dibawah Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyaksikan pelbagai infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, pendidikan dan jaringan komunikasi yang sedang dipertingkatkan.

“Kita akan lawan berita palsu. Jangan biarkan mereka yang tidak pernah jejak kaki ke Lamag menyebarkan cerita kononnya tiada pembangunan di sini,” katanya 

Salleh menegaskan bahawa pihak tertentu yang menyebarkan dakwaan palsu ini adalah kelompok terdesak secara politik atau tidak tahu realiti sebenar di lapangan.

“Bung telah membawa perhatian nasional ke Kinabatangan, kawasan yang dahulu sering dipinggirkan. Hari ini, jalan sudah berturap, sekolah dinaik taraf, projek air bersih sedang dijalankan dan rakyat semakin merasai kemajuan dan maruah.

“Jangan terpedaya dengan cakap kosong orang luar. Bung sudah buktikan, dan beliau akan terus bekerja. Lamag sedang bergerak maju dan fitnah tidak akan mengubah fakta.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman media sosial Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Salleh turut menyifatkan segelintir pihak yang menafikan kemajuan adalah tidak menghormati usaha pemimpin dan pengalaman masyarakat setempat.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama