Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Menggatal

Anggota Bomba mengusung mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Kokol, Kampung Mansiang, Menggatal, malam ini.

Mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen, 72, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PBT II Laupen Nuar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 malam sebelum sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba mendapati rumah berkenaan terbakar 100 peratus dan segera melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan air dari jentera.

“Api berjaya dikawal pada jam 8.54 malam,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Operasi turut disertai 11 anggota dari BBP Kota Kinabalu dengan kekuatan logistik dua jentera FRT, satu EMRS dan satu tangki air.

Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pihak bomba memaklumkan operasi masih diteruskan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama