PRN17: PBS kekal bersama GRS, sebulat suara tolak UMNO-BN


PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang, sekaligus mengesahkan kesetiaannya kepada gabungan politik terbabit.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata pihaknya membuat keputusan itu semasa mesyuaratnya yang diadakan di ibu pejabat parti, di sini semalam yang membincangkan berkenaan hala tuju strategik.

"Pendirian kami adalah jelas. PBS akan terus bekerja dalam gabungan GRS. Kami komited dengan perkongsian politik ini semasa kami menuju ke PRN17," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Joachim berkata PBS juga menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan rakan komponen GRS Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

"Kami percaya perpaduan dalam kalangan parti tempatan adalah penting untuk memastikan kestabilan politik dan pembangunan berterusan untuk Sabah. Hubungan kami dengan STAR akan terus diperkukuh," katanya.

Beliau turut menambah pihaknya secara sebulat suara memutuskan untuk tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO-BN.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama