![]() |
Hajiji bersama pemimpin parti komponen GRS menunjukkan isyarat 'thumbs up'. |
Menurut beliau, satu pertemuan mesra minum petang telah diadakan bersama tujuh presiden parti komponen GRS di Sri Gaya hari ini, yang disifatkannya sebagai mesra dan membina.
“Semua presiden telah menyatakan komitmen untuk memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya akan datang. Saya menghargai pandangan dan cadangan mereka. Mereka adalah pemimpin politik yang matang dan memahami kepentingan GRS sebagai satu gabungan yang bersatu,” katanya.
Hajiji, yang juga Pengerusi GRS dan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), meluangkan hampir tiga jam dalam pertemuan tersebut bersama Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin, Presiden Parti Cinta Sabah Tan Sri Anifah Aman, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden LDP Datuk Chin Su Phin dan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.