Runding dulu baru keluarkan kenyataan, PKR Sabah beritahu UMNO Sabah

Razeef (kiri), Suhaimi (kanan).

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengingatkan UMNO Sabah agar membuat perundingan secara rasmi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan jalinan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).  

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata pihaknya mengambil maklum berhubung kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa pihaknya akan bertanding 40 kerusi DUN pada dan baki 33 kerusi lagi diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH).

"Beliau juga menyatakan PH dan BN sudah ada persefahaman dan tidak akan ada pelanggaran agihan kerusi disamping mendakwa PH bersetuju dengan kerusi yang BN mahu tandingi.

"Di peringkat PKR Sabah, pertemuan tidak rasmi telah dibuat namun tidak ada sebarang perbincangan dibuat setakat ini antara Harapan dan BN melibatkan bilangan agihan kerusi. 

"PH  masih belum bertemu secara rasmi samada BN mahupun GRS bagi membincangkan isu kerjasama pilihanraya apatah lagi agihan kerusi.

"Kami tidak tahu dari mana Suhaimi dapat angka 40 kerusi dan kita tidak tahu dengan siapa beliau berbincang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Razeef turut UMNO menasihatkan pimpinan tertinggi mereka di Sabah untuk tidak mengeluarkan kenyataan unilateral khususnya berkaitan kerjasama dalam mendepani PRN-17 dan agihan kerusi. 

"Sebaiknya perundingan dibuat dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat.

"PKR dan PH terbuka untuk berkerjasama dengan semua pihak yang mempunyai aspirasi sama untuk negeri Sabah, namun biarlah perkara ini dibincangkan dalam pertemuan rasmi," katanya.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama