Mayat lelaki disyaki gantung diri dikenal pasti - Polis

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin.

TAWAU : Polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan tergantung di atas pokok berhampiran sebuah taman perumahan dekat Jalan Chong Thien Vun, d sini semalam, telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata proses pengecaman mayat lelaki warga Indonesia berumur 49 tahun itu, dilakukan oleh adik ipar si mati di Bilik Mayat Hospital Tawau pada hari sama mayat ditemukan.

“Waris juga telah membuat laporan polis dan setakat ini punca kematian masih belum diperoleh memandangkan proses bedah siasat dijadualkan dijalankan pada esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga si mati, mangsa dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa. 

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan bedah siasat akan menjadi rujukan utama bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR)," katanya.






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama