Pemandu Aruz maut nahas 4 kenderaan

Keadaan Keadaan kereta mangsa yang selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, di sini, tengah hari tadi. Foto | Ihsan Bomba.

TAWAU : Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak–Tawau, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 31 tahun yang memandu Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, kemalangan berlaku jam 12.54 tengah hari membabitkan lori lima tan, Mitsubishi Triton serta Toyota Hilux.

“Pemandu Aruz maut di tempat kejadian, manakala pemandu lain tidak cedera. 

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 2.42 petang," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama