Kerajaan Negeri sumbang RM110 ribu untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi oleh Pengarah Media dan Komunikasinya, Datuk Lucy Irene Yong menyampaikan replika cek RM110 ribu sumbangan Kerajaan Negeri untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu kepada Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Puan Mariah Doksil pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu tahun ini, meningkat berbanding RM100,000 tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan itu kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah itu pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Sabtu.

Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri khusus untuk para pengamal media.


Katanya, Hajiji dan Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Penerangan Negeri, Puan Jainisah Mohd Noor, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sabah, Encik Mohd.Yusni Mohamed Ali, Presiden SJA, Puan Mariah Doksil, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Encik Jimmy Goh, Ketua-Ketua Pengarang, Ketua-Ketua Biro akhbar dan portal berita.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama