Ewon beri penghormatan terakhir Pope Francis, hadiri misa pengebumian

Ewon memberikan penghormatan terakhir kepada Pope Francis - ihsan KUSKOP.

VATICAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama -pemimpin-pemimpin dunia menghadiri dan mengikuti upacara misa dan pengebumian Pope Francis di St.Peter Square, di sini, kelmarin.

Selain Ewon, Kerajaan Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Antara pemimpin negara kuasa besar dunia yang hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokawi).

Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang dari pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam Bahasa Latin disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

“Pada Jumaat, saya bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See, Hendy anak Assan memberikan penghormatan terakhir kepada Pope Francis di St Peter Basilica.

“Ini merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan bila berada di tempat ini, apatah lagi memberikan pengormatan terakhir kepada Pope Francis.

“Kelmarin (Sabtu) saya bersama-sama dengan Azalina dan semua pemimpin negara kuasa besar dunia telah mengikuti upacara misa dan pengebumian Pope Francis di Dataran St Peter.

“Pope Francis telah meninggalkan kita dngan banyak legasi khususnya wacana beliau, pandangan dan pesanan beliau kepada kita semua khususnya umat Katolik di dunia,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama