![]() |
Pegawai Kadet Malaysia, Muhammad As’ad Natamuddin. (Foto Ihsan: FB TUDM) |
Menurut kenyataan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Muhammad As’ad, yang berasal dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berjaya menamatkan program intensif selama tujuh bulan dengan cemerlang.
Katanya, program tersebut merupakan sebahagian daripada Kursus Latihan Pegawai Permulaan Modular No. 33, yang berlangsung dari 2 September 2024 hingga 3 April 2025.
TUDM berkata, latihan ini dirangka untuk membangunkan daya tahan mental dan fizikal, di samping memupuk kualiti kepimpinan yang kuat bagi mempersiapkan kadet menghadapi tuntutan persekitaran ketenteraan yang dinamik dan mencabar.
![]() |
As'ad (bawah, kiri), bersama pegawai-pegawai kadet Kolej
Tentera Udara Diraja Cranwell. |
Majlis graduasi tersebut disempurnakan oleh Naib Marsyal Udara Ian Jon Townsend, Pegawai Tentera Udara No. 22 Kumpulan, Tentera Udara Diraja UK.
Dalam ucapan penghormatannya, beliau turut mengiktiraf pencapaian cemerlang Muhammad As’ad sepanjang latihan itu.
Menurut TUDM, kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah.
“Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin mencabar,” jelas kenyataan itu.
TUDM turut menyifatkan tamat Latihan pegawai kadet Muhammad As’ad bukan sahaja sebagai kebanggaan kepada institusi tersebut, tetapi juga sebagai bukti kecemerlangan anak bangsa dalam menghadapi cabaran landskap pertahanan moden.
![]() |
Foto ihsan: Tentera Udara Diraja Malaysia. |
RAF Cranwell, yang ditubuhkan pada 1919, merupakan akademi latihan pegawai utama Tentera Udara Diraja (RAF) dan memegang penghormatan sebagai akademi udara pertama di dunia.