Wanita parah dihempap runtuhan lantai bangunan kedai Kompleks Segama


Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera parah selepas dihempap runtuhan lantai bangunan tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Goilu memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 8 malam, sebelum menggerakkan 13 anggota ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati lantai tingkat satu restoran tersebut telah runtuh.

Runtuhan berkenaan menyebabkan seorang mangsa wanita berusia 55 tahun telah terperangkap di bawah runtuhan simen.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan lanjut di kawasan runtuhan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan bagi mengelakkan risiko kejadian berulang.

"Operasi tamat pada jam 9.38 malam selepas bomba memastikan tiada ancaman bahaya lain di lokasi kejadian," ujarnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama