![]() |
Armizan (empat dari kiri) dan Azureen (tiga dari kanan) menyampaikan Sumbangan Gas Petronas kepada salah seorang peniaga - ihsan Jabatan Penerangan Sabah |
PAPAR: Program Servis Ihsan Madani@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) memberi manfaat kepada pengguna dalam musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata program tersebut akan memberi manfaat kepada pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah pada musim perayaan ini.
"Program SIM@PAX ini telah mula kita perkenalkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang lepas salah satu ikhtiar di bawah agenda Payung Rahmah Madani untuk kita melaksanakan program-program yang berbentuk membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.
"Program kerjasama strategik KPDN dan PETRONAS ini menyasarkan pemberian manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dalam mendepani cabaran kos sara hidup melalui penjimatan kos bagi penyelenggaraan kenderaan sempena sambutan musim perayaan utama di Malaysia
"Melalui program SIM@PAX ini yang melibatkan ihsan daripada sektor korporat bekerjasama dengan kerajaan khususnya KPDN, kita menawarkan servis kenderaan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di semua 96 premis Petronas Auto Expert seluruh negara.
"Kita perluaskan kali ini kerana Sabah dan Sarawak ramai yang menggunakan kenderaan diesel, maka salah satu penambahbaikan kita perluaskan juga untuk kenderaan-kenderaan diesel terlibat.
"Saya merakamkan terima kasih kepada PETRONAS kerana telah tampil dalam salah satu lagi program mereka berbentuk CSR bersama-sama kerajaan untuk kita menangani isu kos sara hidup rakyat.
"Ada bantuan tunai, ada program-program keusahawanan dan hari ini terus untuk meringan beban mereka yang menghadapi musim perayaan khususnya yang mungkin mahu jalan jauh, untuk servis kenderaan kita boleh buat tempahan bermula petang ini juga di aplikasi Setel dan servis itu akan dibuka bermula 15 hingga 29 Mac ini,
"Jadi saya mengajak pada seluruh masyarakat kita supaya memanfaatkan program SIM@PAX untuk musim perayaan Aidilfitri ini untuk kita meringankan beban kita bagi hadapi musim perayaan Aidilfitri", Armizan berkata demikian semasa merasmikan Program Servis Ihsan Madani@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) Hari Raya Aidilfitri Serta Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di Dewan Terbuka Tamu Mingguan Papar.
Seramai 100 orang peniaga bazar Ramadan menerima sumbangan berbentuk Gas Petronas dan juga penukaran silinder secara percuma diberikan kepada penjaja yang terlibat dalam program kerjasama KPDN dan PETRONAS tersebut.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Operasi PETRONAS Dagangan Berhad Azureen Azita Abdullah dan Pengurus Besar Pejabat WIlayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abd Wahab.
( JABATAN PENERANGAN SABAH )