Keahlian UMNO saya masih aktif di peringkat pusat - Shahelmey


KINARUT - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, menegaskan bahawa keahliannya dalam UMNO masih aktif di peringkat pusat.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa keahliannya di peringkat negeri telah digantung, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.  

Penggantungan itu dipercayai susulan tindakan Shahelmey menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Januari 2023.  

"Sebenarnya kalau ditanya di pihak ibu pejabat, keahlian UMNO saya masih aktif, cuma di negeri Sabah, kenyataan Pengerusi UMNO Sabah menyatakan keahlian saya digantung.

"Jadi itu nanti kita buat penjelasan, yang penting sekarang, kita buat kerja dulu," katanya.  

Shahelmey, yang juga bekas Naib Presiden UMNO Sabah, belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai status terkininya dalam parti itu.  

Namun, beliau menegaskan bahawa fokus utamanya ketika ini adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.  

Shahelmey berkata demikian ketika merasmikan Surau Al-Amin Kampung Pituru, Kinarut.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama