Hantaran fitnah cubaan kaitkan skandal mineral, Armizan buat laporan polis


Armizan mengedarkan baucar e-wallet bernilai RM20 yang merupakan inisiatif KPDN di bawah Program Pendigitalan Sektor Runcit (REDI) sebagai galakkan digitalisasi perniagaan luar bandar di Bazar Ramadan, Tapak Tamu Papar.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali bakal membuat laporan polis berikutan terdapat cubaan pihak mengaitkan dirinya dengan skandal mineral Sabah.

Armizan berkata, beliau telah menerima satu kiriman hantaran melalui whatsapp yang tidak benar terhadapnya pada Isnin.

"Saya dimaklumkan ada mesej fitnah diviralkan yang, antara lain, melibatkan nama saya di bulan Ramadan ini.

"Syukur salah seorang yang menyebarkan fitnah dalam bentuk cerita dongeng ini dikenal pasti sebagai mantan wakil rakyat yang menghantar mesej tersebut kepada pelbagai pihak yang kemudiannya merujuk kepada saya.

"Sementara menunggu nasihat daripada peguam, saya akan mulakan dengan laporan polis berdasarkan kepada mesej melalui whatsapp yang beliau hantar," katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman media sosial Facebook dengan nama akaun 'Peace Onie' dipercayai menggunakan akaun palsu turut menyebarkan hantaran palsu yang cuba mengaitkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dengan skandal penerokaan mineral Sabah.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama