![]() |
Foto ihsan Bomba |
Mangsa pertama, seorang lelaki berumur 63 tahun, dan mangsa kedua, seorang perempuan berumur 59 tahun, telah mengalami luka bakar serius.
Kebakaran berkenaan melibatkan 38 unit pintu setiap blok dengan anggaran keluasan 20x15 kaki setiap pintu dilaporkan terbakar 90%.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 1.10 tengah hari.
Pasukan BBP Penampang yang terdiri daripada 11 anggota dengan bantuan daripada BBP Putatan dengan kekuatan 6 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan 5 blok rumah pekerja jenis tidak kekal dengan setiap blok 38 pintu telah terbakar 90% (anggaran keluasan setiap pintu 20x15 kaki).
"Terdapat 2 orang mangsa dilaporan terlibat mengalami cedera parah melecur, mangsa diberikan rawatan awala oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Pasukan EMRS telah memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum mereka dihantar ke Hospital Queen bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Operasi pemadaman dilaporkan terkawal pada jam 2.20 petang, dan keseluruhan operasi tamat pada jam 3.30 petang," ujarnya.