![]() |
Foto ihsan Bomba |
KOTA KINABALU: Empat buah kenderaan terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Bulatan Masjid Bandaraya, Likas, di sini tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Lintas, Agustavia Joe Guasi memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 12.59 tengah hari.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, segera menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang musnah 90%, diikuti Proton Iriz 60% kerosakan, Proton Iswara 7% kerosakan dan Proton Saga 5% kerosakan," katanya.
Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula jentera, dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 1.07 petang dan operasi tamat pada 1.50 tengah hari," ujarnya.