![]() |
Tun Musa (kanan) menerima cenderahati dari Datuk Seri Diraja Syed Razlan - ihsan Jabatan Penerangan Sabah |
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima Majlis Menghadap Tengku Syarif Laksamana Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail, pada Rabu.
Majlis menghadap di Istana Seri Kinabalu itu adalah sempena Istiadat Persembahan Warkah Persilaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Amat Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 April depan.
( JABATAN PENERANGAN SABAH )