![]() |
Foto ihsan Bomba |
PETAGAS – Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Jumbo, Lorong 3, Petagas di sini hari ini.
Kebakaran berkenaan menyebabkan sebuah rumah hangus sepenuhnya, manakala dua lagi mengalami kerosakan.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.00 tengah hari melalui talian MERS 999.
Sepasukan bomba dari BBP Putatan dengan kekuatan 8 anggota segera dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 12:35 tengah hari.
"Kebakaran melibatkan tiga rumah jenis kekal dengan keluasan 14x35 kaki setiap satu rumah.
"Rumah pertama musnah sepenuhnya, manakala rumah kedua mengalami 80% kemusnahan dan rumah ketiga terbakar 10%," katanya.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan empat pancutan air, menggunakan sumber dari pili bomba dan tangki air.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1:04 petang, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.58 petang selepas memastikan tidak ada bahaya lain di tempat kejadian," ujarnya.