Hujan lebat dijangka landa Sabah hari ini

METMalaysia hari ini menyatakan bahawa hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 7.00 malam hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). 

METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4.00 petang itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) serta Wilayah Persekutuan Labuan. 

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama