![]() |
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan kategori waspada di Sabah, hari ini. (Foto ihsan Google) |
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (WASPADA) yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sabah bermula hari ini.
METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9.15 pagi itu memaklumkan bahawa hujan berterusan akan berlaku dalam tempoh dua hari bermula Selasa, 25 Februari sehingga Rabu, 26 Februari 2025.
Katanya, keadaan itu berpotensi akan menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan.
“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah adalah di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.