![]() |
Tun Musa ketika melafaz sumpah jawatan TYT Sabah ke-11 - ihsan Jabatan Penerangan Sabah |
KOTA KINABALU: Tun Musa Aman melafaz sumpah sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11 di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Istiadat lafaz sumpah itu bermula sejurus ketibaan beliau beraama isteri, Toh Puan Faridah Tussin di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi.
Dalam istiadat itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglina Hajiji Noor menyempurnakan lafaz pengisytiharan Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11.
Ia diikuti dengan lafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh Tun Musa sebelum beliau menandatangani sumpah jawatan dan pengisytiharan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli kira-kira jam 10.22 pagi.
Istiadat kemudian diteruskan dengan ucapan taat setia oleh Hajiji dan disusuli bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
Usai istiadat berkenaan, Tun Musa dan Toh Puan Faridah beredar ke Dewan Seri Kinabalu sambil diiringi Hajiji serta isteri, Datin Seri Juliah Salag dan Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta isteri, Datin Seri Noraini Salleh kira-kira jam 10.43 pagi.
Turut mengiringi, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, jemaah kabinet negeri, para tetamu jemputan serta isteri masing-masing.
Pada 17 Dismember lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 kepada Tun Musa bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempih perkhidmatan pada 31 Dismember 2024.
Berdasarkan Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, pelantikan Tun Musa bernula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.
( JABATAN PENERANGAN SABAH )