Seorang maut, tiga cedera dalam nahas Toyota Hilux bertembung lori


   

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan jenis Toyota Hilux bertembung dengan lori lapan tan di Jalan Kelawat, di sini, hari ini.  

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.05 malam. 

Katanya, sepasukan sepuluh anggota dan dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah bertembung dengan sebuah lori lapan tan.

“Terdapat empat mangsa tersepit di dalam Toyota Hilux dan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia, manakala tiga lain cedera.

“Pasukan bomba mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 Muhammad Syazwan berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

 “Tiga lagi mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.24 malam,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama