Lelaki didakwa rogol, cabul dua anak tiri ditahan

Sumber foto: Google


KENINGAU: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa telah merogol dan mencabul dua anak tirinya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bayangan, di sini.

Suspek berusia 40 tahun yang merupakan pekerja buruh binaan itu ditahan oleh sepasukan polis selepas laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, pada 10 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata pihaknya menerima laporan mengenai kes sumbang mahram di kampung berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima suspek didakwa merogol mangsa pertama yang kini berusia 17 tahun sejak 11 tahun lepas di rumahnya di Kampung Bayangan, Keningau.

“Mangsa kedua pula adalah kakak kepada mangsa pertama yang mendakwa turut dicabul oleh suspek sejak berusia sembilan tahun di Taman Muhibbah, Keningau.

“Suspek adalah bapa tiri kepada kedua-dua mangsa yang telah berkahwin dengan ibu mangsa sejak tahun 2010,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, tertuduh telah didakwa di atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun dan 11 sebatan bagi setiap pertuduhan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama