Sabah luluskan RM15 juta bina Pusat Konvensyen Mini Keningau


 

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membina pusat konvensyen mini Keningau.

Perkara terbabit diumumkan ketika berucap dalam program Jelajah GRS Sayangi Sabah, di sini, semalam.

"Satu (perkara) yang saya sudah tulis (dalam teks ucapan) di sini, minta supaya kita (kerajaan negeri) membina pusat konvensyen mini di Keningau ini. 

"Sebagai Ketua Menteri, saya luluskan RM15 juta kerana saya tahu Dewan Masyarakat sekarang ini tidak boleh menampung lagi bilangan (pengunjung) yang hadir.

"Kedua, Dewan Masyarakat ini akan menjadi kepunyaan Lembaga Sukan Sabah ataupun Kementerian Belia Sukan (KBS), jadi kita mesti ada satu pusat konvensyen mini di Keningau ini," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama