![]() |
Suspek ditahan ditahan polis kerana disyaki melakukan ugutan jenayah. Foto | Ihsan PDRM. |
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan keatas elaki berusia 36 tahun itu dibuat sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau di kawasan berhampiran gerai makan, Jalan Chen Fook, dekat sini, jam 4.20 petang semalam.
Beliau berkata, ia susulan laporan yang dibuat mangsa iaitu seorang wanita berumur 31 tahun yang mendakwa menerima panggilan berbaur ugutan di buat suspek kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu.
"Suspek yang juga seorang penganggur itu mengugut mahu menetak mangsa bersama bekas isterinya kerana tidak berpuas hati wanita itu kerap membawa bekas isterinya keluar tanpa kebenarannya.
"Menerusi panggilan telefon itu, suspek dikatakan telah menyatakan niat untuk menetak mangsa dan rakan mangsa (bekas isteri)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, susulan itu polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya petang semalam dan merampas satu telefon bimbit bagi membantu siasatan.
Menurutnya lagi, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan pernah ditangkap atas kesalahan menceroboh.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.