![]() |
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan pada hari ini. |
KOTA KINABALU: Model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki rantau timur Sabah bermula Khamis ini sehingga 13 Januari 2025, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari itu memaklumkan keadaan itu berpotensi akan menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan.
“Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora sedang berkuat kuasa bagi perairan Laut China Selatan sehingga 13 Januari 2025.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” tambahnya.