Lelaki tempatan ditahan bawa 300 liter diesel tanpa kebenaran

300 liter minyak diesel ditemui Pihak Polis, di Labuan, semalam. 


LABUAN: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki membawa sebanyak 300 liter minyak diesel tanpa kebenaran dalam satu serbuan, di sini semalam.

Serbuan itu dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menerusi Op Tiris.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, pihaknya menahan dan memeriksa sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan tersebut itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun

“Pasukan penguatkuasa turut mendapati pacuan empat roda berkenaan telah diubah suai dengan tangki tambahan di bahagian belakang kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 300 liter minyak diesel disyaki tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, semua barang kes yang dianggarkan berjumlah keseluruhan sebanyak RM30,645 itu dirampas untuk siasatan lanjut.

“Suspek terbabit kemudian ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

“Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan,” katanya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama