![]() |
METMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk ramalan cuaca www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia bagi info yang sahih. |
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan khusus untuk beberapa kawasan di negeri Sabah bagi kategori (buruk) hari ini.
METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Telupid, Beluran dan Sandakan.
Menurutya, amaran hujan berterusan dijangka berlaku sehingga Jumaat ini.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah, kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat sehingga Jumaat, 17 Januari 2025 ini,” katanya dalam satu kenyataan METMalaysia hari ini.
Sementara itu, METMalaysia turut menjelaskan bahawa ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsoon yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga Ahad ini.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di
selatan Semenanjung dan Sarawak serta Sabah dalam tempoh yang berkenaan,”
tambahnya.