APMM, ESSCOM kenal pasti titik panas


 

 LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menjalankan tinjauan bersama di kawasan perairan Felda Sahabat dan Kunak, baru-baru ini.

Tinjauan selama dua hari itu turut disertai Ketua Staf Bahagian Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, tinjauan itu adalah untuk mengenal pasti kawasan titik panas di kedua-dua perairan berkenaan.

Selain itu katanya, ia juga turut menguji kesiapsiagaan semua aset Maritim Malaysia yang ada di sekitar sektor operasi.

“Hasil tinjauan mendapati, tiada sebarang kejadian mencurigakan dikesan dan hanya kelihatan bot-bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti perikanan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 9,321 pemeriksaan vesel direkodkan sepanjang tahun 2024 dengan hampir 12,000 orang telah diperiksa dalam tempoh yang sama. 

Dzulfikhar berkata, sebanyak 88 taklimat keselamatan (Preventive SAR) di laut serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Katanya, Zon Maritim Lahad Datu sentiasa meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan di laut dan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan dan makluman mengenai kegiatan jenayah serta insiden kecemasan di laut, boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Lahad Datu.

“Maklumat boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama