![]() |
Foto ihsan Bomba |
Kota Kinabalu- Seorang lelaki cedera parah selepas rumah flat yang didiaminya di Taman Nelly Kolombong terbakar awal pagi tadi.
Mangsa, Woo Chee Ke, 54 tahun, dilaporkan cedera parah selepas mengalami 80% kesan lecuran pada badan ketika cuba menyelamatkan diri dari kebakaran.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12:49 tengah malam itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas yang terdiri daripada 11 anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 3 kilometer dari balai.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah flat kekal berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan anggaran 20% bahagian rumah terbakar," katanya.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan, dan sumber air diambil dari tangki jentera bomba.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Operasi berjaya dikawal pada jam 1:12 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 1:42 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wuju operasi ditamatkan," ujarnya.