Fahmi Reza disahkan direman hari ini


 

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, 47 disahkan telah direman hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan polis berhubung karikatur bersifat satira yang didakwa menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah baharu, Tun Musa Aman.

Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali bertempat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli yang mewakili Fahmi memberi pengesahan mengenai perkara terbabit.

Semalam, media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan penahanan Fahmi sekitar jam lima petang semalam selepas beliau datang sendiri ke IPD Penampang.

Jauteh berkata, pihaknya menerima sebanyak lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Musa.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama