Cuba ambil dron, lelaki gagal turun dari pokok durian diselamatkan

Pihak Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tangga dan tali

 
BEAUFORT: Seorang lelaki yang gagal turun dari pokok durian setinggi 25 meter berjaya diselamatkan dalam insiden di Kampung Batandok Lubak, Beaufort, di sini, pada petang Isnin.

Mangsa, Mohd Safwan Sanain, 36, dilaporkan memanjat pokok tersebut untuk mengambil dron miliknya yang tersangkut sebelum terperangkap dan tidak dapat turun sendiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang.

Seramai enam anggota dari BBP Beaufort, dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.07 petang.

"Pasukan Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tangga dan tali," katanya.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.49 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di kawasan tersebut," ujarnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama