![]() |
Presiden SAFA menegaskan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut. |
KOTA KINABALU : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengesahkan tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC.
Presidennya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, SAFA tidak pernah bertemu individu atau dengan mana-mana wakil bagi pihak yang mendakwa mendapat tawaran penjualan saham Sabah FC apatah lagi memaklumkan kepada YAB CM berkenaan perkara tersebut.
“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjelaskan pendirian SAFA dan Sabah FC bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham berkaitan dakwaan tersebut.
Shahelmey mengulas mengenai kenyataan dalam laman Facebook DSAT yang mendakwa telah ditawarkan mengambil alih Sabah FC.
DSAT Group dalam masa yang sama dilaporkan menunggu maklumbalas berhubung tawaran pengambilalihan pasukan Kedah FC.