![]() |
Rumah atas air didiami sembilan sekeluarga di Kampung Air, dekat sini, roboh dalam kejadian 1.11 tengah hari tadi. Foto Ihsan Bomba. |
SEMPORNA: Sembilan sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami mereka di penempatan atas air dekat Kampung Air, di sini, roboh dalam kejadian, tengah hari tadi.
Bagaimanapun kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.11 tengah hari sebelum sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba didapati sebuah rumah atas air roboh dan operasi menyelamat segera dijalankan.
"Semua mangsa iaitu seorang lelaki bersama tiga wanita dewasa serta lima kanak-kanak berjaya diselamatkan.
“Mereka kemudiannya dipindahkan ke balai raya di kampung terbabit untuk penempatan sementara,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Noor Jali berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.59 petang.