Katanya, PAS kini berada dalam pakatan Perikatan Nasional (PN), justeru tidak dipertimbangkan dalam kerjasama politik dengan GRS.
"Mereka (PAS) dalam PN, jadi pada masa ini tidak dipertimbangkan dalam sebarang rundingan kerjasama politik" katanya.
Berhubung kedudukan Parti Maju Sabah (SAPP), Masidi mengatakan parti itu perlu membuat keputusan sama ada ingin bersama PN atau GRS.
"Seperti kenyataan saya sebelum ini, akhirnya mereka perlu putuskan sama ada mereka ingin berada di sana (PN) atau sini (GRS)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), di sini, pada Sabtu.