Kerajaan Sabah mengalukan keputusan Mahkamah Agung Perancis tolak sepenuhnya tuntutan Sulu

 

Foto Google.

KOTA KINABALU– Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menyambut baik perkembangan positif ini yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, melalui akaun media sosialnya. 

“Kami mengulangi bahawa kami tidak mengiktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah kerana Sabah adalah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia,” katanya. 

Hajiji turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azalina, atas usaha gigih mereka dalam membatalkan Anugerah Akhir (Final Award) oleh penimbang tara Sepanyol yang sebelumnya berpihak kepada pihak tuntutan.

Dalam kenyataannya, Azalina menyifatkan keputusan Mahkamah Perancis ini sebagai satu kemenangan bersejarah dan penting bagi negara.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama