Hujan lebat berterusan di Sabah sehingga 6 petang

 MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah hari ini.

 

KOTA KINABALU: Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 6.00 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 3.00 petang itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Pantai Timur ( Tawau dan Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama