![]() |
Foto Ihsan: eCentral.my |
Sebanyak 10 lagu terbaik telah berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), termasuk dua karya luar biasa yang bakal dibawakan penyanyi Sabah.
Dua lagu yang berjaya melangkah ialah Risiko, kolaborasi mantap oleh Benzooloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju, dan MK K-Clique, serta Hening Rindu yang disampaikan dengan penuh emosi oleh Marsha Milan
Manakala, dua lagu ciptaan Stacy Anam (Bunga Cantik) bersama suaminya, Akim Ahmad (Hang Nadim) iaitu Sengaja nyanyian Amir Masdi dan Saksama nyanyian Akim & The Majistret akan berentap dengan tujuh buah lagu yang lain.
Proses pemilihan dilakukan secara profesional, dengan pemarkahan oleh juri berdasarkan pelbagai aspek, termasuk melodi yang memikat, lirik bermakna, dan persembahan yang bertenaga.
Sebanyak enam juri berpengalaman, diketuai oleh Edry Abdul Halim sebagai ketua juri, bersama Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Helen Yap, dan Ad Samad, bertanggungjawab menilai karya yang bertanding.
Menariknya, daripada 30 lagu yang bersaing dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39), hanya 10 lagu terpilih untuk berentap merebut kejuaraan AJL39.
SFMM39 kali ini dimeriahkan oleh pasangan pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy yang menceriakan suasana sepanjang acara berlangsung.
Dengan kehadiran dua lagu hebat oleh penyanyi dari Sabah ini, pastinya AJL39 akan menjadi pentas yang dinanti-nantikan untuk menyaksikan kehebatan seni muzik tanah air!