![]() |
Anggota bomba dan petugas KKM membuat pertolongan kecemasan kepada mangsa |
SANDAKAN: Seorang wanita diselamatkan dalam keadaan separuh sedar selepas dikatakan mengalami sawan lalu terjatuh ke dalam air melalui lubang air di sebuah rumah
Komander Operasi, PBK II KUP Mcdonald Saso Simson berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 10.24 pagi.
"Kita menerima aduan melalui MERS999 dan kita bergegas ke lokasi dengan kekuatan daripada 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan.
"Setibanya di lokasi kejadian, iaitu di Jalan Buli Sim-Sim Jambatan 23, Sandakan, anggota kita diberitahu oleh saksi bahawa mangsa seorang wanita berumur 34 tahun, terjatuh ke dalam air melalui lubang lantai rumah.
"Mangsa yang dikenali sebagai Nor Faezah Rizan Ensi berjaya diangkat oleh keluarganya sebelum ketibaan anggota dan sejurus kemudian, anggota kita membantu membawa naik mangsa ke atas daratan bersama penduduk kampung," katanya.
Menurut beliau lagi, mangsa diberi rawatan awal oleh pihak EMRS BOMBA dan kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sandakan untuk rawatan susulan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 10.55 pagi.